Kajian menunjukkan bahawa tahap kegemukan lelaki (BMI >30kg/m2) berkait rapat dengan penurunan kualiti dan kuantiti sperma, dan juga peningkatan risiko untuk masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi.
Kegemukan juga menyebabkan penurunan tahap testosterone yang terhasil. Ini kerana peningkatan simpanan lemak berkait rapat dengan peningkatan estrogen. Tahap estrogen yang tinggi dalam lelaki menghalang sintesis androgen/testosterone (hormon yang diperlukan untuk perkembangan dan pengekalan fungsi pembiakan lelaki yang normal). Maka kondisi yang dipanggil ‘hypogonadism’ terjadi, dimana jumlah testosterone yang rendah penyebabkan penghasilan sperma merudum.
Penghasilan sperma (spermatogenesis) adalah satu proses yang sangat sensitif kepada haba sekeliling testis. Kegemukan secara tak langsung menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam scrotum. Ditambah pula haba dari kawasan sekeliling (paha dan bawah perut) yang menutupi scrotum, maka haba terkumpul melebihi suhu optimum spermatogenesis (34-35 darjah celcius). Pertambahan kerosakan DNA dan stres oxida (oxidative stress) berkait rapat dengan perubahan suhu ini