Dalam wanita, kegemukkan meningkatkan risiko:

  1. Kitaran haid yang tidak teratur.
  2. Masalah ovulasi.
  3. Peningkatan hormon androgen.
  4. Risiko sindrom ovari policistik (polycystic ovarian syndrome).
  5. Risiko keguguran.
  6. Menurunkan kadar keberjayaan rawatan kesuburan (assisted-reproductive technologies – ART).

Pengumpulan lemak di kawasan perut (visceral fat) menyebabkan penghasilan berlebihan hormon androgen di dalam wanita. Keadaan ini dipanggil hyperandrogenism. Kesannya kitaran haid akan tergangu, menyebabkan wanita tidak ada haid (amenorrhea). Maka sukar untuk menentukan waktu subur dan keberangkalian mengandung sangat tipis.

Hyperadrogenism ini juga menyebabkan fungsi ovari terganggu. Perkembangan telur tidak sempurna maka ovulasi tidak berlaku. Ini dapat dilihat dalam wanita yang menghidapi PCOS.