PENJAGAAN LUKA SELEPAS BERKHATAN
Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan kesembuhan luka yang sempurna selepas berkhatan:
- Kurangkan pergerakan yang terlalu aktif kerena ini boleh menyebabkan risiko jahitan terbuka atau tertetas.
- Keringkan kawasan luka dengan kain atau tisu setiap kali selepas ke tandas.
- Ubat tahan sakit boleh diambil sebanyak tiga kali sehari . Ubat ini dapat membantu untuk menyurutkan bengkak.
- Pastikan ubat luka diletakkan di bahagian luka untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman dan memastikan luka tidak melekat pada seluar/ gauze/ diaper.
- Penis sedikit membengkak dengan sedikit cairan putih kekuningan menyelaputi kawasan kepala penis adalah normal. Ini adalah sebahagian daripada proses pemulihan luka.
- Sedikit luka atau pendarahan adalah normal , namun sekiranya pendarahan berterusan dan sukar diberhentikan, sila datang segera ke klinik untuk pemeriksaan.
- Digalakkan untuk melakukan Sitz Bath atau rendaman bahagian kemaluan ke di dalam air suam yang diletakkan garam selepas hari ketiga dan ke atas. Ini untuk mengelakkan kuping yang tebal di kepala penis selepas berkhatan.
- Tarikh pemeriksaan luka adalah pada hari ketiga selepas prosedur.